Sunday, March 9, 2008

dalam rencah satu kerajaan


Moga Raja segala raja, Ketua segala kerajaan memberi petunjuk kepada kerajaan-kerajaan yang lainnya.




"dan mereka berkata," Sekiranya (dahulu) kami mendengarkan dan memikirkan (peringatan itu) tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala."
surah al mulk ayat 10


Telah diaturkan segala aturan, jadi untuk apa lagikah relevan untuk membuat sesuatu yang baharu? adakah tidak layak lagikah diaplikasikan pada zaman moden ini. oh ya, mungkin mereka mahukan sesuatu yang moden pada yang modennya. Lihatlah sendiri implikasi dari apa yang mereka sendiri ubah dengan tangan mereka. Pembunuh Nurin Jazlin masih bebas, adik Sharlinie yang hilang masih belum ditemui, kadar jenayah yang meningkat 13.4% pada tahun lalu, purata (2007) 8.5 wanita dirogol setiap hari berbanding 4 wanita (2003). Saya pasti, jika dilaksanakan hukum hudud di dalam akta, nescaya selamat lah apa yang tidak terselamat. Jika akar umbi pembangunan daripada tarbiyah, nescaya! anda sendiri tahu jawapannya.

Oleh dosa-dosa manusia itu juga kesucian hajarul abyadh itu sendiri tercemar. Daripada seputih batu sehingga sehitamnya warna. Kita belum atau mungkin menghampiri zaman akhir dunia. Zaman manusia kembali menggunakan pedang dalam berperang. Zaman Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa. Zaman kebangkitan Khilafah. Zaman azan tidak lagi terlaung-laung memanggil manusia dan zaman manusia tidak lagi mengenal Tuhan. Zaman makhluk (ya'jud dan ma'jud) berjaya meruntuhkan binaan Haikal Sulaiman. Zaman manusia kembali menjadi binatang..

Dan makanya manusia terus-menerus leka dalam senang, lalai dalam kemewahan. Tidak lagi membina ukhuwwah. Tiada ithar lagi. Tidak mahu semuanya menjaga 'tepi kain' orang lain. Semuanya nafsi-nafsi. Dan terus bersendirian, dalam kesunyian. Melungguh bergoyang kaki. Mengelamun dalam mimpi dan terus dibuai-buai. Dagu bertupangkan dua tangan, dua bola mata masih terbuka.. dan sedar tidak sedar perlahan-lahan tertutup terlena.



"apakah orang yang merangkak dengan wajah tertelungkup yang lebih terpimpin (dalam kebenaran) ataukah orang yang berjalan tegap dia atas jalan yang lurus?"
surah al mulk ayat 22


Sudah ada yang asasnya menegakkan tiang keadilan dan sebuah kebajikan. Semoga yang berada diatasnya terus berjuang. Allahu Akbar!!!