Thursday, December 27, 2007

khabarkan oh angin

dia hitam.kulitnya gelap.kadang2 agak jelik.dia ini pula putih. wajah berseri.berkulit sawo matang.yang coklat pun ada.ada bermata biru,hitam,coklat,kelabu,merah jika ada.mereka berbeza2.ada yang berambut ada yang tidak.ada yang sebelah tepi,sebelah tengah,ada yang tercacak.berwarna putih,perang,hitam,coklat rambutnya.itu dari sudut pandangan mata.sebenarnya mereka ini sama.

bunyinya merdu.lunak dan harmoni muziknya.ada pelbagai.ada genre2.ada rock,pop,pop-rock,balada,nasyid,etnik,inde, acappella,jazz. macam2.ada berseruling,gitar,piano,tamborine, harmonica,violin,drum,base. ada suara base,alto, unisent,falsetto,vibrato,sofrano,semi tone.pelbagai, berbeza dan menarik. tapi siapa pengemudinya.siapa pemainnya.. sebenarnya mereka ini sama.

melakar,melukis dengan cahaya.mengguna pelbagai jenama.dewasa ini juga, mudah untuk kita lihat.ada nikon, canon,sony,pentax,olympus,yashica.berbeza dan berteknologi. siapa penggunanya? sebenarnya mereka ini sama.

tidak lupa ada yang jadi doktor,peguam,jurutera,jurubina,juruaudit, buruh,perdana menteri,professor,angkasawan,vulkanologis, ornitologis,ahli perniagaan,pencuci kereta,tukang gunting rambut,pencuci tandas,pemain bola sepak,pelakon,penyanyi, pereka grafik. nampak berbeza. sebenarnya mereka ini sama.

ada yang bergaji besar,bergaji sederhana,dan kurang pendapatan juga meminta sedekah. cara hidup berbeza. sebenarnya mereka ini sama.

siapa sahaja. bila sudah bersyahadah. mereka saudara kita. di bawah 1 langit, 1 bumbung, 1 payung yang sama !

Wednesday, December 26, 2007

ke mana saya ?

mata yang mencari, dan melihatsebuah persahabatan yang ditenggelami kebencian diakhiri dengan pembunuhan. bukan apa, saja saya adaptasikan. berkenaan sebuah kisah yang sudah mengetuk minda saya berulang kali. ke manakah saya selepas ini? di madrasah mana perlu saya kutip mutiara-mutiara?

benar.. ku tak bohong. perlu epistemologi dalam hidup.. dalam madrasah. semuanya perlu berasas. sistem yang menerapkan eksistensi yang utuh. wajar membina peribadi yang kental. yang sentiasa hidup!


ke mana arah saya? adakah saya akan tinggalkan tapak semaian selama 3 tahun ini? bukan mudah.
"Ooohh Tuhan.. ooohh Tuhan tunjukkan kami jalan. ke arah.. hidup yang sempurna"
*****
p/s : nantikan klip video daripada children of super

Sunday, December 23, 2007

'dia' datang

menjelang aidil adha yang penuh barakah.. muslim sedunia menyambutnya. tak lupa menziarahi pusara. bila ingat mati, macam-macam menyentap minda. ada suka.. ada duka.
"aku paling sukakan kematian. Kerana jika aku sudah berbuat amal maka kebaikan itu akan dibalas oleh Allah, atau jika aku hanya berdosa maka kematian akan dapat mencegah aku daripada menambah dosa, dan jika aku kaya lalu mati, aku tidak akan merasai jatuh miskin, atau jika aku mati dalam keadaan miskin aku akan dapat memperoleh kekayaan dengan kematian". - ahli sufi yang bijaksana - diceritakan oleh Ishak bin Abdullah bin Abu Warfah.

gambar itu ada makna di sebaliknya. lihat dan fikir. cuba anda lihat !

Sunday, December 16, 2007

akal kita

mesra. walaupun berlainan agama. berlainan bangsa. seorang pemuda menumpangkan pemuda lain beberapa hari dirumahnya. atas urusan agama kristian, pun pemuda islam itu menyambutnya dengan ramah. anda ingin menuntut agama kristian di sini? anda ingin menumpang di rumahku. tidak mengapa. silakan. dalam tempoh rentas masa, tuan rumah memperlihatkan islam pada tetamunya itu semoga mata terbuka dan hati menerima. ini amalan islam, cara hidup islam. tapi, bukan dengan perkataan tapi perbuatan. dek kehairanan menyapa, si tetamu bertanya "hai kawan, kenapa ummat islam kene solat lima kali. tak penat ke?" dengan akal dan buah fikir yang diberi. spontan lalu menjawab "solat ni adalah makanan rohani. sama juga dengan jasmani. jika kita tidak breakfast, apa jadi? jika kita tidak dinner, supper.. apa jadi?" jawab dengan hikmah lantas mengukir senyum. ada hikmah dan perlu himmah.

"bila disapa pertanyaan menerpa"

Wednesday, December 12, 2007

terlahir makalah

semalam secara tak sengaja. aku terjumpa potret lama. tapi bukan itu hendak kukisahkan. kerana detik pertama ini aku menulis,mencoret,menukil atau mengukir di kertas putih blog ini. entah kenapa dan apa sebabnya blog ini dilahirkan. kita akan lihat pada post² akan mendatang,

"Adakah kau terfikir yang ku fikir"