Friday, April 25, 2008

Saturday, April 19, 2008

buka 'kaca mata' gelap

("inni silmun liman saalamakum, wa harbun liman haarabakum", bahawa aku akan damai dengan sesiapapun yang berdamai dengan kalian, dan juga akan perang dengan siapapun yang perang dengan kalian - Nabi Allah)

Assalamualaikum (sudah lama kiranya tidak berucap salam sejahtera). sudah lama juga barangkali tidak bernukil-coret (baca : menulis) dalam ruangan bersifat global ini. Rugi jika terlepas rantaian pahala yang acapkalinya dikejar oleh seorang daie. bila saya cakap daie, semua boleh faham(rasanya) Insya Allah. nah, masih berkali-kali tazkirah ini timbul tenggelam dalam kolam fikiran saya. pastinya, kerana bait-bait yang datang dari orang yang bukan calang-calang sukar untuk dipandang enteng. seseorang yang saya kenal kerana ilmu dan fikrahnya datang berjumpa, terus soalan ini melontar keluar dari bibirnya, "anta tau apa maksud 'dakwah'?". oh nyatanya dia menantikan jawapan yang betul. "erm.. bagitau la. 'menyampaikan' ". saya jawab kurang yakin, takut salah. yalah, sudah berada dalam proses tarbiyyah, jika tak mengenal erti 'dakwah' yang sebenar memang memedihkan. "ok, kawan anta pakai spek hitam, dia teraba-raba (dalam gelap spek tu). anta bagitau dia suruh buka spek itulah dakwah" dia cuba beri gambaran.



Sebagai seorang yang memahami erti dakwah, saya hidup seperti manusia yang lain. seperti kamu semua juga. Tetapi kali ini ruangan minda saya lebih besar melihat dunia luar, dunia liberalisme mahupun pluralisme, juga melihat dan memahami perasaan susah mereka yang terus bersuka dalam susah memperjuangkan eksistensialisme, atas kalimah tauhid. oh ya, memang saya berbuat lonjakan saujana. jika sebelum ini saya hidup dalam ruang waktu yang terbatas, terbatas bagi mereka yang malas. tetapi sekarang saya faham perasaan manusia dan kemahuan gila-gila remaja. saya faham perasaan budak-budak sekolah rendah, saya agak faham kehendak budak-budak sekolah menengah, sekolah sekular saya tidak berapa pasti. konklusinya, minda saya lebih fleksible.

Baru sekarang saya diberi peluang mengenal erti menjadi seorang daie, daie kepada diri sendiri. yang gemparnya, menjadi daie kepada adik-adik. membentuk bulatan-bulatan kecil yang dimulai dengan surah al-fatihah dan puji-pujian yang akhirnya ditutup dengan tasbih kifarah, tetapi berapa individu sahaja yang faham apa yang bermula selepas tasbih kifarah itu. dulu saya diberi segenap ruang masa yang paling berharga, mengenal kawan satu perjuangan, mendengar kata-kata tazkirah/nasihat, mendengar pengalaman, sirah, serta kisah-kisah bahkan dapat berkongsi apa sahaja masalah. oh sungguh tidak boleh saya lupakan. sekarang tiba masa saya pula yang memberi, saya harap mereka juga dapat merasa manisnya ditarbiyyah. bila sejuknya hati diselesaikan masalah. saat semangat membara diberi tiup-tiup rangsangan. ya, harap mereka dapat merasai apa yang pernah dahulunya saya rasa malah lebih jauh lagi.

Matlamat yang jelas. seringkala tertulis oleh dakwat pena diatas buku pelajaran apapun yang saya ada. kerana saya sudah melihat impak maksima mahupun minima yang disahut oleh senior-senior saya yang berjaya. biar bunyi genta terus berbunyi, tidak sesekali mereka ini berhenti, melungguh apatahlagi berteleku. sama-samalah seiringan dengan mereka. bila saya kata mereka, saya harap semua faham.


('Jangan semua jadi ustaz dan ustazah. Masuk bidang lain dan bawa Islam dalam bidang itu'.) mulai hari ini, inilah jawapan saya kepada mereka-mereka yang tertanya-tanya mengapa saya tidak mahu ambil STAM, tidak mahu ke Mesir, Damsyik, dll walaupun diberi peluang.Andainya..