Saturday, August 2, 2008

suara hati Anuar Alias

Yang utama, Bismillah. rasa sudah lama tidak saya menulis.

biasanya, kita selalu ambil berat apa yang rasulullah, sahabat, tabiin, dan ulama punya bait-bait percakapan. kerana mereka fakih. dan begitu juga saya ambil berat kata-kata sahabat saya, kerana saya kenal benar dengan Anuar. dan saya faham gema suara hati Anuar yang jika boleh, mahu diteriaknya sehingga cacing di dalam tanah juga boleh mendengar. dan kalah boleh, air di laut akan bergelora menderu disebabkan jeritannya yang semata-mata mahu kita semua sedar.

Anuar pendiam, susah mahu bersembang-sembang kosong, jika ya pun, tidak lama. Jadi sudah pasti seribu suara dia pendamkan. tetapi, diamnya Anuar akan menjerit juga jika ada yang bermain-main ketika berhadapan dengan Allah. Sedang dalam sunyi hidup Anuar, sempat dia berpesan :

wahai manusia !!
berapa ramai orang memakai jubah
hanya menzahirkan kemuslimannya
tetapi hati mereka sangat sengsara

berapa ramai orang memakai serban
hanya menzahirkan ikutan sunnahnya
tetapi qalbunnya sangat sengketa

berapa ramai orang yang menutup aurat
hanya menzahirkan mengikut kewajibannya
tetapi nuraninya sangat derita

kerana menzahirkan segala tuntutan
sehingga meninggalkan segala kebatinan kejiwaan
adalah satu penipuan untuk diri rohani
sedang yang menipu itu adalah syaitan

wahai manusia !!
janganlah tertipu dengan syaitan
biarpun sudah mengikut segala tuntutan
tetapi janganlah alpa,
syaitan sentiasa berusaha musnahkan iman
sedang iman itu yang utama
hati memainkan peranan yang penting
hatilah yang dipandang oleh Allah
dari hati terlahirlah pada jasad
akan nampak pada wajah, hati yang tenteram
disebabkan hatinya hidup
akan nampak juga pada wajah, hati yang sengketa
disebabkan hatinya mati.


(sebenarnya saya sangat terasa)