Saturday, August 2, 2008

suara hati Anuar Alias

Yang utama, Bismillah. rasa sudah lama tidak saya menulis.

biasanya, kita selalu ambil berat apa yang rasulullah, sahabat, tabiin, dan ulama punya bait-bait percakapan. kerana mereka fakih. dan begitu juga saya ambil berat kata-kata sahabat saya, kerana saya kenal benar dengan Anuar. dan saya faham gema suara hati Anuar yang jika boleh, mahu diteriaknya sehingga cacing di dalam tanah juga boleh mendengar. dan kalah boleh, air di laut akan bergelora menderu disebabkan jeritannya yang semata-mata mahu kita semua sedar.

Anuar pendiam, susah mahu bersembang-sembang kosong, jika ya pun, tidak lama. Jadi sudah pasti seribu suara dia pendamkan. tetapi, diamnya Anuar akan menjerit juga jika ada yang bermain-main ketika berhadapan dengan Allah. Sedang dalam sunyi hidup Anuar, sempat dia berpesan :

wahai manusia !!
berapa ramai orang memakai jubah
hanya menzahirkan kemuslimannya
tetapi hati mereka sangat sengsara

berapa ramai orang memakai serban
hanya menzahirkan ikutan sunnahnya
tetapi qalbunnya sangat sengketa

berapa ramai orang yang menutup aurat
hanya menzahirkan mengikut kewajibannya
tetapi nuraninya sangat derita

kerana menzahirkan segala tuntutan
sehingga meninggalkan segala kebatinan kejiwaan
adalah satu penipuan untuk diri rohani
sedang yang menipu itu adalah syaitan

wahai manusia !!
janganlah tertipu dengan syaitan
biarpun sudah mengikut segala tuntutan
tetapi janganlah alpa,
syaitan sentiasa berusaha musnahkan iman
sedang iman itu yang utama
hati memainkan peranan yang penting
hatilah yang dipandang oleh Allah
dari hati terlahirlah pada jasad
akan nampak pada wajah, hati yang tenteram
disebabkan hatinya hidup
akan nampak juga pada wajah, hati yang sengketa
disebabkan hatinya mati.


(sebenarnya saya sangat terasa)

Friday, April 25, 2008

Saturday, April 19, 2008

buka 'kaca mata' gelap

("inni silmun liman saalamakum, wa harbun liman haarabakum", bahawa aku akan damai dengan sesiapapun yang berdamai dengan kalian, dan juga akan perang dengan siapapun yang perang dengan kalian - Nabi Allah)

Assalamualaikum (sudah lama kiranya tidak berucap salam sejahtera). sudah lama juga barangkali tidak bernukil-coret (baca : menulis) dalam ruangan bersifat global ini. Rugi jika terlepas rantaian pahala yang acapkalinya dikejar oleh seorang daie. bila saya cakap daie, semua boleh faham(rasanya) Insya Allah. nah, masih berkali-kali tazkirah ini timbul tenggelam dalam kolam fikiran saya. pastinya, kerana bait-bait yang datang dari orang yang bukan calang-calang sukar untuk dipandang enteng. seseorang yang saya kenal kerana ilmu dan fikrahnya datang berjumpa, terus soalan ini melontar keluar dari bibirnya, "anta tau apa maksud 'dakwah'?". oh nyatanya dia menantikan jawapan yang betul. "erm.. bagitau la. 'menyampaikan' ". saya jawab kurang yakin, takut salah. yalah, sudah berada dalam proses tarbiyyah, jika tak mengenal erti 'dakwah' yang sebenar memang memedihkan. "ok, kawan anta pakai spek hitam, dia teraba-raba (dalam gelap spek tu). anta bagitau dia suruh buka spek itulah dakwah" dia cuba beri gambaran.



Sebagai seorang yang memahami erti dakwah, saya hidup seperti manusia yang lain. seperti kamu semua juga. Tetapi kali ini ruangan minda saya lebih besar melihat dunia luar, dunia liberalisme mahupun pluralisme, juga melihat dan memahami perasaan susah mereka yang terus bersuka dalam susah memperjuangkan eksistensialisme, atas kalimah tauhid. oh ya, memang saya berbuat lonjakan saujana. jika sebelum ini saya hidup dalam ruang waktu yang terbatas, terbatas bagi mereka yang malas. tetapi sekarang saya faham perasaan manusia dan kemahuan gila-gila remaja. saya faham perasaan budak-budak sekolah rendah, saya agak faham kehendak budak-budak sekolah menengah, sekolah sekular saya tidak berapa pasti. konklusinya, minda saya lebih fleksible.

Baru sekarang saya diberi peluang mengenal erti menjadi seorang daie, daie kepada diri sendiri. yang gemparnya, menjadi daie kepada adik-adik. membentuk bulatan-bulatan kecil yang dimulai dengan surah al-fatihah dan puji-pujian yang akhirnya ditutup dengan tasbih kifarah, tetapi berapa individu sahaja yang faham apa yang bermula selepas tasbih kifarah itu. dulu saya diberi segenap ruang masa yang paling berharga, mengenal kawan satu perjuangan, mendengar kata-kata tazkirah/nasihat, mendengar pengalaman, sirah, serta kisah-kisah bahkan dapat berkongsi apa sahaja masalah. oh sungguh tidak boleh saya lupakan. sekarang tiba masa saya pula yang memberi, saya harap mereka juga dapat merasa manisnya ditarbiyyah. bila sejuknya hati diselesaikan masalah. saat semangat membara diberi tiup-tiup rangsangan. ya, harap mereka dapat merasai apa yang pernah dahulunya saya rasa malah lebih jauh lagi.

Matlamat yang jelas. seringkala tertulis oleh dakwat pena diatas buku pelajaran apapun yang saya ada. kerana saya sudah melihat impak maksima mahupun minima yang disahut oleh senior-senior saya yang berjaya. biar bunyi genta terus berbunyi, tidak sesekali mereka ini berhenti, melungguh apatahlagi berteleku. sama-samalah seiringan dengan mereka. bila saya kata mereka, saya harap semua faham.


('Jangan semua jadi ustaz dan ustazah. Masuk bidang lain dan bawa Islam dalam bidang itu'.) mulai hari ini, inilah jawapan saya kepada mereka-mereka yang tertanya-tanya mengapa saya tidak mahu ambil STAM, tidak mahu ke Mesir, Damsyik, dll walaupun diberi peluang.Andainya..

Sunday, March 9, 2008

dalam rencah satu kerajaan


Moga Raja segala raja, Ketua segala kerajaan memberi petunjuk kepada kerajaan-kerajaan yang lainnya.




"dan mereka berkata," Sekiranya (dahulu) kami mendengarkan dan memikirkan (peringatan itu) tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala."
surah al mulk ayat 10


Telah diaturkan segala aturan, jadi untuk apa lagikah relevan untuk membuat sesuatu yang baharu? adakah tidak layak lagikah diaplikasikan pada zaman moden ini. oh ya, mungkin mereka mahukan sesuatu yang moden pada yang modennya. Lihatlah sendiri implikasi dari apa yang mereka sendiri ubah dengan tangan mereka. Pembunuh Nurin Jazlin masih bebas, adik Sharlinie yang hilang masih belum ditemui, kadar jenayah yang meningkat 13.4% pada tahun lalu, purata (2007) 8.5 wanita dirogol setiap hari berbanding 4 wanita (2003). Saya pasti, jika dilaksanakan hukum hudud di dalam akta, nescaya selamat lah apa yang tidak terselamat. Jika akar umbi pembangunan daripada tarbiyah, nescaya! anda sendiri tahu jawapannya.

Oleh dosa-dosa manusia itu juga kesucian hajarul abyadh itu sendiri tercemar. Daripada seputih batu sehingga sehitamnya warna. Kita belum atau mungkin menghampiri zaman akhir dunia. Zaman manusia kembali menggunakan pedang dalam berperang. Zaman Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa. Zaman kebangkitan Khilafah. Zaman azan tidak lagi terlaung-laung memanggil manusia dan zaman manusia tidak lagi mengenal Tuhan. Zaman makhluk (ya'jud dan ma'jud) berjaya meruntuhkan binaan Haikal Sulaiman. Zaman manusia kembali menjadi binatang..

Dan makanya manusia terus-menerus leka dalam senang, lalai dalam kemewahan. Tidak lagi membina ukhuwwah. Tiada ithar lagi. Tidak mahu semuanya menjaga 'tepi kain' orang lain. Semuanya nafsi-nafsi. Dan terus bersendirian, dalam kesunyian. Melungguh bergoyang kaki. Mengelamun dalam mimpi dan terus dibuai-buai. Dagu bertupangkan dua tangan, dua bola mata masih terbuka.. dan sedar tidak sedar perlahan-lahan tertutup terlena.



"apakah orang yang merangkak dengan wajah tertelungkup yang lebih terpimpin (dalam kebenaran) ataukah orang yang berjalan tegap dia atas jalan yang lurus?"
surah al mulk ayat 22


Sudah ada yang asasnya menegakkan tiang keadilan dan sebuah kebajikan. Semoga yang berada diatasnya terus berjuang. Allahu Akbar!!!

Saturday, February 9, 2008

Siapakah Sebenarnya Yang Menguasai Dunia

(diharap membaca sampai ke penghujung, supaya mesej lebih jelas dan faham)


Alhamdulillah. seusai sahaja dari membaca buku-buku dan membuat sedikit analisa, saya ambil sedikit masa untuk berkongsi. saya tujukan makalah ini khusus buat diri saya dan tuan-tuan sekalian. dimana, tugas dan tanggungjawab utama saya sebagai seorang muslim tentunya. tugas ini bukanlah mudah, cumanya akan bertambah mudah jika dimulakan sekarang, atau terlebih dahulu sebelum sempat saya menulis.
seperti yang sedia maklum, kisah-kisah sejarah lama yang tercoret di dalam sejarah kegemilangan Islam bisa dijadikan 'guru' untuk merancang daulah. seperti tertakluk di dalam nukilan sejarah lampau mulianya Islam, sudah 2/3 dunia adalah dalam pelukan Islam.



siapakah sebenarnya yang menguasai dunia? mungkin segelintir daripada kita sudah tepu dengan pengisian-pengisian begini. bagi yang kurang pendedahan, saya dengan telus cuba berkongsi. ringkasnya, Islam tidak mampu berbuat apa-apa sekarang ini. Mereka ini bangun atas kesedaran yang berpihak kepada kepentingan diri sendiri. Mereka menghebohkan dalam media, mereka berkumpul dan sekadar berbincang di dalam hotel mewah tanpa ada tindakan susulan. Jadi, pencorobohan keatas tanah umat Islam seperti chechnya, Afghanistan, Iraq, Palestin, Kashmir memang tidak mustahil.


Boleh sahaja kita tegakkan atau bangunkan sebuah daulah seperti yang diinginkan ketika kejatuhan Empayar Uthmaniah pada 3 Mac 1924 akan tetapi kemungkinan besar tidak sampai 2 tahun/kurang, daulah tersebut akan runtuh dan jatuh. Lanjutan daripada asas peribadi yang belum cukup kuat terpahat. Itulah sebabnya ketika sampai surat kepada Syakib Arsalan dari Indonesia, Timur Tengah, Syria dan macam-macam tempat lagi, beliau membalas dengan mengatakan "kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah iaitu melalui TARBIYYAH" jangan impikan Islam bebas dari kekangan pihak kuffar jika muktamar-muktamar yang sering diadakan hanya menghimpunkan barisan orang lemah yang tiada keinginan dan tidak mampu melaksanakan apa-apa keputusan atau resolusi.tiada jalan pintas selain kembali kepada cara ar Rasul iaitu Manhaj Nubuwah dengan tarbiyyah dan dakwah sebagai agenda utama.


disini sedikit saya huraikan musuh-musuh Islam dengan identiti yang tersendiri dan sangat-sangat menjijikkan.


ZIONISME


Tentu sekali anda menyangka Zionisme merupakan gerakan utama yahudi. dewasa ini juga zionisme sering terpampang di media cetak terutama di dada-dada akhbar, pastinya. zionisme merupakan ideologi yang dianuti yahudi dan ada juga dari bangsa lain. Ia mula wujud sejak penulisan buku 'Negara Yahudi' karangan karut Theodore Hertzl. Tujuan utama ideologi sesat ini tidak lain tidak bukan membina Haikal Sulaiman ditapak Masjidil Aqsa sekarang juga menubuhkan Negara Sekular untuk bangsa yahudi laknatullah. Bersama protokol-protokol yahudi yang hengseng.


BILDERBERG


Joseph Retinger yang merupakan penasihat politik Poland membuat persepakatan dengan putera raja dari Belanda iaitu Bernhard bersama-sama Perdana Menteri Belgium, Paul Van Zoeland. Telah rancak menggiatkan sebuah pertubuhan 'Bilderberg' yang menerapkan kebebasan bersuara dalam muktamar mereka. Bilderberg juga mengatur rencana untuk menguasai Pertubuhan Pakatan Atlantik Utara(NATO), iaitu ketenteraan berpuluh-puluh negara dan mempunyai aset peperangan bernilai berbillion-billion ringgit serta pangkalan tentera di merata-rata wilayah yang boleh diatur bila-bila sahaja. kesimpulannya, Bilderberg memegang jatuh naik sesebuah negara. contohnya, Amerika telah menandatangani perjanjian dengan India untuk membangunkan senjata nuklear. Kesannya, kita akan lihat India sudah sebaris dengan Russia, Perancis, dan Jerman. Tetapi apabila Iran mahu membangunkan kuasa nuklear untuk tujuan keamanan, segera dihalang Britain, Perancis, dan Jerman. Sungguh, Bilderberg benar-benar menguasai dunia melalui Amerika dan Eropah, sedangkan Bilderberg itu sendiri di bawah Zionis. Mudahnya, zionis memegang dunia.


FREEMASON



Bermula 10 sya'ban 1398H bersamaan 15 julai 1987 masihi, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah Al-Mukarramah telah mengeluarkan fatwa, kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan 'Freemason'. Impak pertubuhan paling lama bertapak di muka bumi ini menghasilkan implikasi yang benar-benar, paradoksnya. Berhasrat untuk merampas kembali Palestin dari Kristian untuk membina kembali Haikal (Istana) Nabi Sulaiman. Asetnya tidak manimalis, malah akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Namun, selepas zaman Revolusi Eropah pada kurun ke-17 yang merakamkan kejatuhan kerajaan Kristian dan kegemilangan Islam, perhatian terus dihala kepada Islam.Pertubuhan ini dianggotai bangsa Yahudi tulen, persis Ariel Sharon, Ehud Barak, dan lain-lain. Freemason mempunyai beberapa pertubuhan yang dinaunginya serta menggunakan simbol yang sukar ditafsir, seperti matahari, bulan, mata, pyramid. Antara pertubuhan songsang mereka, Illuminati, Pertubuhan B'nai B'rith, Pertubuhan Bahaiyah - menimbalkan keraguan dalam hati umat Islam mengenai agama yang disyiarkan dan dianuti.Pertubuhan Kesaksian Yehova.

ILLUMINATI



Secara nyatanya sejarah awal penubuhan Illuminati yang diambil dari makna perkataan Lucifer(Iblis) yang bererti 'pemegang cahaya'. Illuminati ini tidak lain hanyalah satu ideologi yang berperintahkan pemerintahan tunggal yang tunduk pada tuhan(kononnya) mereka, iblis. Illuminati juga menguasai media dengan mengaburi mata dunia dengan perancangan pelbagai peperangan dan revolusi menjadi kunci mereka dapat menguasai negara-negara lain. Dengan kehendak Tuhan, apabila utusan Illuminati membawa dokumen penting untuk revolusi di Perancis, mati dipanah petir diatas kudanya sendiri tika dalam perjalanan dari Frankfurt menuju kota paris. Pihak Polis menjumpai dokumen-dokumen penting Illuminati lalu diserahkan kepada pihak pemerintah.Akhirnya, arahan untuk menutup "Lodges Of The Grand Orient"(sarang sulit pertubuhan Illuminati) berkuat kuasa terhadap semua sarang tersebut di Bavaria.

ILLUMINATI DAN FREEMASON


Setelah buku "The Original Writings Of The Order And Sect Of The Illuminati" yang menyingkap kejahatan Illuminati diterbitkan oleh kerajaan Bavaria pada 1786, Weshaupt terus mengerahkan anggota-anggotanya menyusup ke sarang sulit "Blue Masonary". Kesan kemasukan Illuminati ke dalam Freemason menyebabkan hampir 40% daripada ahli-ahli Freemason merosot di Amerika. Ini jelas menunjukkan kedudukan illuminati sebenarnya telas mengatsi Freemason pada hakikatnya namun untuk terus mengaburi mata dunia, hanya namanya diletak dibawah Freemason.




>>Saya memohon beribu maaf jika kurang terperinci dalam setiap pendedahan yang didedahkan. Minta maaf banyak-banyak. Dan berharap anda juga punya inisiatif sendiri untuk mencari dan mengambil tahu.

Sunday, January 27, 2008

tenang yang menenangkan

dalam dunia macam-macam ragam manusia ada. yang amat menyentuh jiwa saya adalah manusia yang bersifat tenang. tenang dalam segala aspek. tenang dalam keseluruhan kehidupan. tenang yang menenangkan jiwa saya. itulah ketenangan yang saya cari-cari selama ini. ya, saya pun mahu hidup tenang juga.

petua ini bukan sebarang petua. ini petua daripada lagenda yang pasti menjadi mentor pada para-para muslim sejagat. lagenda ini tergolong dalam para-para tabiin.


petua Hasan Al Basri menjadi tenang,

-jika diperamanahkan sesuatu.lakukannya
-jika rezeki itu kita punya.manusia lain tidak boleh ambil.
-saya tahu mati sedang menunggu, saya perlu bersiap sedia untuknya.

Sunday, January 20, 2008

gemilang generasi silam, bilakan bertandang?

terjatuh tergolek kemudian izrail menjemput. mati dalam kekufuran. kematian dari tingkat 3 bangunan sekolah yang memanggil sebak di hati keramaian. ada juga yang trauma. hentakan dengan momentum yang kuat membuat fizikalnya kerap menggelupur. 3 hari selepas peristiwa sarat pengajaran itu, sebulat suara memutuskan untuk 'mematikannya'. sebab otaknya sudah mati, namun fizikal masih bernyawa. tapi apakan daya tak mampu 'hidup' lagi. -lihat surat khabar STAR jumaat-18 januari. bertempat di sekolah lama saya, seorang pelajar india yang cuba mengambil jalan pintas untuk ke bangunan seberang telah terjatuh dari tingkat 3.

dalam perjalan menyusur ke masjid untuk laksana solat jumaat, terhimpun sekolompok mereka yang berkulit gelap sedang hiba menyambut kepulangan seseorang(india berkenaan) ke alam lain.

kemudian ayah saya berkata


"cuba tengok, sampai orang mati pun ada muzik."

kami terdiam. hanya menunggu penjelasan seterusnya.

"india, christian, cina, semuanya bermuzik dalam urusan agama. sikh je takde. kenapa sikh takde?"

kami diam lagi. hanya memandang keluar tingkap kereta.

"sikh sebenarnya dari agama Islam. cuma telah diseleweng sikit. erm.. seleweng banyak. kalau dah bermuzik tu hati2 la. takut di seleweng. cuba buka youtube dan taip sufism. diorang berzikir.. tapi ada muzik. masya Allah."


melencong jauhnya agama wad'i diikuti pula dengan agama2 yang sesat-sesat. ditambah pula dengan mereka yang berfahaman falsafah, ateis. dunia dihuni mereka yang sia2. dalam berbillion manusia, hanya beberapa peratus mendapat tempat dalam agama Tuhan. dan dalam beberapa peratus itu, hanya beberapa peratus yang berfikir dan mempunyai sebenar-benar iman.
hai nabi Allah, jika kau melihat zaman ini..
hai pesuruh Allah, jika kau berada di zaman ini..

ada yang sedang tertawa, ada yang menangis, ada yang sedih dan macam-macam. kita dalam zaman jahiliyyah. manusia sudah tidak kenal Tuhan. yang berbuat baik lebih kecil bilangannya berbanding yang mungkar. tidak mustahil azab pedih Tuhan bakal melanda penduduk planet bumi. bilakah zaman kegemilangan akan kembali.. zaman hebat Islam.

adakah kau lupa? kita pernah berjaya,


Saturday, January 19, 2008

kami mencari keadilan



tonton sampai ke penghujung,
terima kasih

Thursday, January 10, 2008

senja yang ditangis

pejamkan matamu
berzikir yang tenang
songgengkan senyuman
sebelum dia pergi

ucapkan salammu
pada sinar mentari
mereka yang setia
menjagamu selalu

semoga tenang dia pergi
dihiasi sebuah seloka
hiraukan kacau yang menganggu
akanku koreksi bersamamu

berlabuh tirai suria.haiwan berlari merangkak pulang.azan maghrib berkumandang memanggil sekalian manusia.salam tahun baru dan maal hijrah diucapkan kepada pembaca budiman.mari bersama memanjat kesyukuran. aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah

lupakan fenomena semalam.usah disingkap memori lalu.mari melangkah ke dunia yang lebih indah.

acapkali kita disoal berkaitan azam baru pada tahun baru.kita perlukan sesuatu untuk di sasar.jadi, apa azam anda? apa azam anda? apa azam anda?
bila guru bertanya kepada saya. separa automatika saya berdiri dan menjawab "belajar".entah kenapa. barangkali kurang tumpuan tahun lepas.buku2 pun sudah kusam.kitab dipenuhi habuk.haiya! jangan meniru aksi sedemikian dirumah anda.. selepas ini belajarlah betul2. belajar boleh jadi syahid juga.diiringi niat menuju mardhotillah. jangan tersilap pula. saya agak takut.riak muka bertukar tampak pucat. hadith yang saya kurang pasti matan dan riwayatnya,

"barang siapa menuntut ilmu untuk berdebat dengan para ulama',untuk memperbodohkan orang yang sememangnya bodoh,untuk mendapat perhatian dan nama di mata manusia.haram syurga Allah untuknya"

Sunday, January 6, 2008

sebentar tadi

kereta pacuan 4 roda keluaran hyundai dipandu laju sekitar 100 km/j. haluan telinga diputar mengisi rasa bosan.. dari telinga ke tulang harapnya. melihat bandaraya kuala lumpur yang sibuk dibanjiri ratusan mahupun ribuan manusia. kemudian menikmati capati berkuahkan kari dan dal yang cukup rasa. perut sudah berhenti meronta. berjalan pula membeli baju dan buku. apa? baju? buku? hai bang.. sekolah dah start buku baru nak beli?. maklumlah ada perkara agak rumit dewasa ini. kereta dipandu kembali. menuju ke sebuah bangunan beli-berambus. bangunan yang dirancang rapi pembinaannya. barangkali daripada manusia yang bukan calang2. hebat benar zaman ini. masakan dapat kita pelopori. acapkali mereka sahaja.. begitu hari sabtu 6 januari terisi.

Wednesday, January 2, 2008

kalaulah ada superhero



kalaulah ada superhero.. saya pasti dunia akan aman damai. manusia di ceruk mana sekalipun akan tenteram. segalanya beretika dan sistematik. sudah 21 alaf, setelah berkelana seluruh dunia.. pasti ada hak dan batil.. pasti ada baik dan jahat. dari segi meditasi, fitrah manusia memang sebegini. ada kebenaran dan kebatilan. sebab itu kita perlu superhero. supaya segala pertelingkahan.. permusuhan dapat diredakan.


adakah kita lupa jerih payah baginda dalam perjuangkan Islam. ditatang sebaiknya. hingga hari ini ni'mat itu dapat dirasai bagi golongan yang berpemikiran. Tuan2 dan puan2 hingga hari ini juga perbuatan yang melewati norma-norma insani bermerajalela. kita dijajah minda dan dieksploitasi. mentaliti kita dimanipulasi oleh mereka yang tiada tatasusila dan peri kemanusiaan. mereka bertindak haiwaniah! segala hak dan kebebasan kita mereka rampas. mereka rompak kreativiti dan kemahuan belia remaja. dilakukan sesuka hati!


kalaulah ada superhero.. mana mungkin semua ini terjadi..


berikut kata saudara kita

"kami tidak akan redha di atas kelembapan kamu. kami tidak akan memaafkan kelesuan & tidak melakukan apa2 dari kamu. Allah telah menetapkan kami berada di medan perang. Allah telah menetapkan syahid sebagai impian kami. sudah 60 tahun kami menderita di bawah penyeksaan najis rejim zionis. Allah akan bertanya kepada kamu apa sumbangan kamu kepada saudara2 kamu di Palestin, dan janganlah kamu menyesal apabila tiada jawapan yang dapat diberikan. Bantulah, doakanlah dan berikanlah bantuan pada kami!"


sudah dengar rintih mereka..? sudah dengar seruan mereka?zalim jika kita endahkannya..bukan kita dari golongan mereka. bermula tahun baru.. mari kita cipta superhero! tidak perlu anjakan paradigma yang sementara saja. sekadar sedikit kemudian menjadi bukit pun sudah memadai. kita suntik serum2 yang akan mengaktifkan sel2 yang dapat menumpaskan jarum durjana kafir laknatullah. ingat tuan2 dan puan2 sekuat badang tak terangkat diri sendiri. kita mampu! dan kita perlu superhero.. dan kita semualah superhero!