Thursday, December 27, 2007

khabarkan oh angin

dia hitam.kulitnya gelap.kadang2 agak jelik.dia ini pula putih. wajah berseri.berkulit sawo matang.yang coklat pun ada.ada bermata biru,hitam,coklat,kelabu,merah jika ada.mereka berbeza2.ada yang berambut ada yang tidak.ada yang sebelah tepi,sebelah tengah,ada yang tercacak.berwarna putih,perang,hitam,coklat rambutnya.itu dari sudut pandangan mata.sebenarnya mereka ini sama.

bunyinya merdu.lunak dan harmoni muziknya.ada pelbagai.ada genre2.ada rock,pop,pop-rock,balada,nasyid,etnik,inde, acappella,jazz. macam2.ada berseruling,gitar,piano,tamborine, harmonica,violin,drum,base. ada suara base,alto, unisent,falsetto,vibrato,sofrano,semi tone.pelbagai, berbeza dan menarik. tapi siapa pengemudinya.siapa pemainnya.. sebenarnya mereka ini sama.

melakar,melukis dengan cahaya.mengguna pelbagai jenama.dewasa ini juga, mudah untuk kita lihat.ada nikon, canon,sony,pentax,olympus,yashica.berbeza dan berteknologi. siapa penggunanya? sebenarnya mereka ini sama.

tidak lupa ada yang jadi doktor,peguam,jurutera,jurubina,juruaudit, buruh,perdana menteri,professor,angkasawan,vulkanologis, ornitologis,ahli perniagaan,pencuci kereta,tukang gunting rambut,pencuci tandas,pemain bola sepak,pelakon,penyanyi, pereka grafik. nampak berbeza. sebenarnya mereka ini sama.

ada yang bergaji besar,bergaji sederhana,dan kurang pendapatan juga meminta sedekah. cara hidup berbeza. sebenarnya mereka ini sama.

siapa sahaja. bila sudah bersyahadah. mereka saudara kita. di bawah 1 langit, 1 bumbung, 1 payung yang sama !

No comments: